Sejarah Piala Dunia FIFA

Pertandingan antarabangsa sebelumnya

Perlawanan bola sepak antarabangsa yang pertama telah dilangsungkan pada tahun 1872 di antara England dan Scotland, walaupun pada peringkat ini sukan ini telah jarang dimainkan di luar Great Britain. Disebabkan populariti bola sepak ini mula meningkat, ia menjadi satu sukan pertunjukan (dengan tiada pingat dihadiahkan) pada 1900, 1904 dan 1906 sebelum bola sepak menjadi pertandingan rasmi pada Sukan Olimpik 1908. Diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak England, acara ini hanya menjadi acara bagi pemain amatur dan lebih dianggap sebagai satu pertunjukan daripada satu pertandingan. Pasukan bola sepak kebangsaan amatur England telah memenangi acara berkenaan pada kedua-dua tahun 1908 dan 1912.

Kesinambungan acara berkenaan dengan acara Olimpik hanya boleh dipertandingan di antara pasukan-pasukan amatur sahaja, Sir Thomas Lipton mengadakan pertandingan Piala Sir Thomas Lipton di Turin pada 1909. Pertandingan ini biasanya digambarkan sebagai Piala Dunia Pertama,[2] dan memaparkan kelab-kelab ternama dari Itali, Jerman dan Switzerland. Pertandingan julung kali ini telah dimenangi oleh Auckland Barat, pasukan amatur daripada timur-laut England yang telah dijemput selepas persatuan bola sepaknya menolak untuk dikaitkan dengan pertandingan berkenaan. Auckland Barat kembali pada 1911 untuk mempertahankan kejuaraan berkenaan dan piala berkenaan telah diberikan kepada kelab berkenaan selama-lamanya mengikut peraturan pertandingan tersebut.

Dalam tahun 1914, FIFA bersetuju untuk mengiktiraf pertandingan Olimpik sebagai "pertandingan dunia untuk amatur"[3], dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengurusan acara berkenaan. Ini memberikan laluan kepada pertandingan antara benua yang pertama, pada Sukan Olimpik 1924. Uruguay telah memenangi kejohanan berkenaan,[4] sebelum memenangi pingat emasnya kembali pada tahun 1928, dengan pasukan Amerika Selatan yang lain. Argentina merangkul pingat perak. Pada 28 Mei 1928, FIFA telah membuat keputusan untuk mempertandingkan sendiri kejohanan itu. Dengan Uruguay sekarang mempunyai dua kali gelaran kejuaraan dan demi meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-100 pada tahun 1930, FIFA menamakan Uruguay sebagai tuan rumah piala dunia yang pertama. Perlu dicatat juga, Indonesia melakukan kemunculan pertamanya di Piala Dunia 1938, yang juga merupakan penyertaan peserta dari zon Asia pertama, kerana ketika kelayakan berlangsung, Jepun tidak menyertainya. Indonesia yang saat itu dikenal sebagai "Hindia-Belanda" (mewakili persekutuan sepak bola Hindia-Belanda, NIVU) kalah 0-6 kepada Hungary.

Piala Dunia rasmi pertama

Estadio Centenario, lokasi pusingan akhir Piala Dunia pertama

Sukan Olimpik 1932 yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat tidak merancang untuk memasukkan bola sepak sebagai sebahagian daripada program disebabkan popularitinya yang rendah di Amerika Syarikat. FIFA dan IOC juga tidak bersetuju mengenai status amatur. Oleh sebab itu, acara bola sepak digugurkan daripada kejohanan berkenaan.[5] Presiden FIFA, Jules Rimet seterusnya merancang untuk mengadakan Kejohanan Piala Dunia Perdana di Uruguay pada tahun 1930. Pertubuhan bola sepak kebangsaan daripada negara-negara yang dipilih telah dijemput untuk menghantar satu pasukan, tetapi pilihan Uruguay sebagai satu tuan rumah bermakna satu perjalanan yang memakan kos dan masa yang panjang merentasi Lautan Atlantik bagi pasukan dari Eropah. Sebenarnya, tiada negara Eropah yang sanggup untuk menghantar satu pasukan sehinggalah dua bulan sebelum bermulanya pertandingan berkenaan.[4] Rimet akhirnya berjaya memujuk pasukan-pasukan dari Belgium, Perancis, Romania, dan Yugoslavia untuk membuat perjalanan tersebut. Dalam jumlah 13 negara yang mengambil bahagian — tujuh daripadanya adalah dari Amerika Selatan, empat dari Eropah dan dua dari Amerika Utara.

Dua perlawanan Piala Dunia sulung ini berjalan serentak dan telah dimenangi oleh Perancis dan Amerika Syarikat, yang masing-masing mengalahkan Mexico 4-1 dan Belgium 3-0. Gol pertama dihasilkan dalam sejarah Piala Dunia telah dijaringkan oleh Lucien Laurent daripada Perancis. Empat hari berikutnya, hat-trick Piala Dunia pertama dijayakan oleh Bert Patenaude daripada Amerika Syarikat dalam kemenangan 3-0 menentang Paraguay. Dalam perlawanan akhir, Uruguay telah mengalahkan Argentina 4-2 di hadapan 93,000 penonton di Montevideo, dan menjadi negara pertama yang memenangi kejohanan bola sepak Piala Dunia.[6]

Perkembangan

Isu-isu yang dihadapi pada permulaan kejohanan Piala Dunia adalah kerumitan perjalanan antara benua dan peperangan. Hanya sedikit pasukan Amerika Selatan sanggup untuk pergi ke Eropah bagi kejohanan pada 1934 dan 1938, dengan Brazil menjadi pasukan Amerika Selatan tunggal yang bertanding pada kedua-dua kejohanan. Pertandingan pada 1942 dan 1946 telah dibatalkan akibat Perang Dunia II.

Piala Dunia 1950 adalah yang pertama melibatkan British. Pasukan-pasukan British mengeluarkan pasukan mereka daripada FIFA pada tahun 1920, sebahagiannya adalah kerana tidak mahu bermain dengan negara-negara yang berada di dalam peperangan dengan mereka, sebahagian lagi sebagai satu bantahan terhadap pengaruh luar di dalam bola sepak,[7] tetapi kembali bergabung dalam tahun 1946 sempena jemputan daripada FIFA. Pertandingan tersebut menyaksikan kembalinya juara 1930 Uruguay, yang telah memboikot kedua-dua kejohanan Piala Dunia sebelumnya.

Dalam kejohanan-kejohanan di antara 1934 dan 1978, 16 pasukan telah layak untuk setiap pertandingan pusingan akhir (kecuali dalam beberapa kes di mana pasukan-pasukan menarik diri selepas layak bertanding). Kebanyakan daripadanya adalah daripada Eropah dan Amerika Latin, dengan minoriti yang sangat kecil daripada Afrika, Asia dan Oceania. Pasukan-pasukan ini biasanya mudah dikalahkan oleh pasukan Eropah dan Amerika Latin kecuali Korea Selatan, yang berjaya mencapai suku akhir pada 1966).

Pusingan akhir itu telah dikembangkan kepada 24 pasukan pada 1982, kemudian 32 pada 1998, membenarkan lebih banyak pasukan daripada Afrika, Asia dan Amerika Utara untuk mengambil bahagian. Sejak akhir-akhir ini, peserta-peserta baru ini mendapat lebih banyak kejayaan dengan Cameroon mencapai suku akhir pada 1990, dan Korea Selatan. Senegal dan Amerika Syarikat, kesemuanya mencapai peringkat kalah mati dalam pada 2002. 197 negara mencuba untuk layak dalam edisi 2006, dan kesemuanya kecuali tiga daripada 207 negara-negara ahli FIFA pernah memasuki pertandingan tersebut, dengan ahli-ahli baru Comoros dan Timor Timur masih belum lagi berpeluang untuk berbuat demikian, dan Bhutan[8] ahli tunggal yang belum memasuki pertandingan berkenaan.

Kejohanan yang seumpamanya untuk bola sepak wanita, Piala Dunia Wanita FIFA, dianjurkan dalam tahun 1991. Formatnya serupa seperti kejohanan lelaki, tetapi sehingga sekarang kejohanan berkenaan tidak menjana minat yang sama seperti dalam kejohanan lelaki.

Rujukan

WikiPedia: Piala Dunia FIFA http://www.fifa.com/en/history/history/0,1283,4,00... http://www.fifa.com/en/index.html http://www.fifa.com/en/marketing/newmedia/index/0,... http://www.fifa.com/fifa/pub/newsletter/fifanews.6... http://www.fifa.com/infoplus/IP-201_02E_WC-origin.... http://www.fifa.com/mm/document/fifafacts/mcwc/ip-... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/b... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/u... http://www.fifa.com/worldcup/index.html http://www.planetworldcup.com